Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adiq Dominasi Peringkat Kedua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adiq Dominasi Peringkat Kedua




PELUMBA Terengganu Cycling Team (TSG), Muhamad Adiq Husainie Othman muncul juara pada perlumbaan peringkat kedua kejohanan berbasikal Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) dari Lumut hingga Kuala Kurau, Perak semalam. 

Pada perlumbaan sejauh 145.3 kilometer (km) tersebut, pelumba berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dengan keputusan 3 jam 17 minit 12 saat (s), manakala pelumba Thailand Continental Cycling, Ariya Phounsavath berada di kedudukan kedua dengan catatan sama. 

Tempat ketiga pula diraih oleh pelumba berpengalaman daripada pa­sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi. Menurut Adiq, perancangan awal sebenarnya untuk memberi laluan kepada rakan sepasukan, Mohd. Hariff Saleh meraih kemenangan peringkat. 

“Bagaimanapun, saya melihat peluang saya terbuka untuk meraih kemenangan itu kerana sudah berada di kelompok hadapan. Hari ini (semalam) saya telah buktikan bahawa saya masih mempunyai keupayaan untuk memenangi peringkat perlumbaan selepas kali terakhir meraihnya pada perlumbaan Jelajah Brunei 2011,” katanya.

Sebagai rekod, selepas berakhir perlumbaan peringkat kedua, gelaran Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan telah bertukar tangan daripada Abdul Gani (KFC Cycling Team) kepada Ryan Thomas daripada Olivers Real Food Racing (Australia) dengan catatan masa keseluruhan 7.09:55s. 

Memandangkan perlumbaan peringkat kedua itu tidak memiliki zon pendakian, penyandang terdahulu, Abdul Gani kekal menyarung Jersi Polka dot dengan empat mata.

Pemenang perlumbaan peringkat pertama, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki dari TSG turut berjaya mempertahankan gelaran Jersi Hijau (raja pecut) selepas meraih 26 mata secara keseluruhan walaupun gagal meraih sebarang mata sema­lam.

Sementara itu, menurut Nur Amirul, 25, strategi TSG sepanjang dua perlumbaan setakat ini telah membuahkan hasil yang positif. “Saya harap ia dapat dikekalkan pada baki perlumbaan selepas ini. Saya turut memasang impian untuk mempertahankan Jersi Hijau yang saya raih ini,” jelasnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xVVdpX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.