Hi! Welcome Back and Stay Tune! Agenda Perbandaran Baharu diperkenal - Noh Omar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Agenda Perbandaran Baharu diperkenal - Noh Omar

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini menggariskan lima aspek utama sebagai standard pembangunan bandar dalam tempoh 30 tahun akan datang menerusi Dokumen Agenda Perbandaran Baharu.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata aspek tersebut adalah Dasar Perbandaran Negara, Perundangan dan Peraturan Perbandaran, Reka Bentuk dan Perancangan Perbandaran, Sistem Kewangan Majlis Perbandaran dan Ekonomi Bandar serta Pelaksanaan Tempatan.

"Agenda ini menawarkan satu anjakan paradigma dalam cara kita berfikir, membina dan mewujudkan rantaian rakan pembangunan dalam menguruskan bandar- bandar pada masa akan datang secara holistik dan mampan.

"Dokumen Agenda Perbandaran Baharu ini berbentuk kenyataan politik yang akan mencorakkan hala tuju berkait dengan kemampanan bandar dengan menjadikannya lebih inklusif, selamat, berdaya tahan dan sejahtera," katanya ketika merasmikan pengenalan agenda itu di sini, hari ini.

Beliau berkata dokumen berkenaan telah diterima pakai oleh 170 negara Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semasa persidangan Habitat III di Quito, Ecuador pada 20 Okt 2016.

"Agenda ini diterjemah ke dalam Bahasa Melayu selain daripada enam bahasa utama sedia ada supaya dapat diterima pakai dalam konteks tempatan, khususnya jabatan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan, " katanya.

Noh berkata antara aspek lain yang digariskan dalam dokumen tersebut adalah struktur tadbir urus, kemasukan sosial, pembangunan spatial, kemakmuran bandar dan kelestarian persekitaran.

Katanya agenda itu akan turut dibincangkan bersama negara lain pada Forum Bandar Sedunia Ke-9 yang akan diadakan dari 7 hingga 13 Feb tahun depan.

-- BERNAMA



Sumber Agenda Perbandaran Baharu diperkenal - Noh Omar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yLOHUI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.