Hi! Welcome Back and Stay Tune! Air punca MH1 berpatah balik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Air punca MH1 berpatah balik

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines MH1 dari London ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow selepas lebih sejam berlepas, awal pagi tadi berikutan masalah sistem bekalan air dalam pesawat.

Menurut Twitter Flight Alert @FlightAlerts777, pesawat berkenaan dilaporkan membuat pusingan U di Belgium.

MAS dalam satu kenyataan berkata, pesawat berkenaan yang berlepas dari London pada jam 9.35 malam waktu tempatan semalam (4.45 pagi tadi waktu Malaysia) sepatutnya mengambil masa selama 12 jam dan dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada jam 5.50 petang ini.

Bagaimanapun, akibat masalah itu, pesawat terpaksa berpatah balik ke London dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada jam 11.10 malam tadi waktu tempatan (6.20 pagi tadi waktu Malaysia).

"Jurutera sudah bersedia untuk membetulkan masalah terbabit sebaik pesawat mendarat.

"Semua penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang sementara menanti perjalanan baharu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf kepada semua penumpang atas kesulitan berkenaan dan akan membantu penumpang untuk menempah tiket bagi penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, menurut laman web rasmi MAS, penerbangan itu berlepas semula dari London pada jam 1.40 pagi tadi waktu tempatan (8.40 pagi tadi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.26 malam nanti.



Sumber Air punca MH1 berpatah balik

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xUpTpU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.