Akhirnya, Facebook Kini Menambah Sokongan Video 4K
Facebook sebelum ini hanya mengehadkan penawaran kandungan video melalui platform mereka pada resolusi 720p sahaja. Tetapi, kini ia berubah, dimana kini Facebook telah mula menguji dan menambah sokongan paparan video 4K melalui platform mereka.
Facebook sebelum ini telah menambah sokongan paparan resolusi 4K untuk video 360-darjah – namun, untuk video biasa, ia hanya terhad kepada 720p. Hal ini mungkin kerana ramai yang menggunakan dan menonton video pada Facebook melalui peranti mudah-alih – dan tidak ingin menggunakan data internet yang tinggi.
Walaubagaimanapun, kini dengan fokus pihak Facebook terhadap video – termasuk memperkenalkan platform penyiaran tersendiri dinamakan Facebook Watch, ia telah tiba masanya untuk menambah sokongan 4K.
Kini, beberapa video telah mula menawarkan sokongan paparan 4K, dan mungkin lebih banyak akan ditawarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, ciri ini diuji dikalangan segelintir pengguna – dan mungkin diperluaskan kepada umum tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h4D4ii
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment