Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anugerah MTV Eropah: Faizal Tahir tercalon lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anugerah MTV Eropah: Faizal Tahir tercalon lagi

PENYANYI popular, Faizal Tahir, mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali keduanya tercalon dalam Anugerah Muzik MTV Eropah.

Dalam senarai rasmi pencalonan akhir yang dikeluarkan MTV Selasa lalu, Faizal dicalonkan dalam kategori Artis Terbaik Asia Tenggara.

Turut sama disenaraikan dalam kategori berkenaan ialah penyanyi Indonesia, Isyana Sarasvati, The Sam Willows (Singapura), Dam Vinh Hung (Vietnam), James Reid (Filipina) serta dua wakil Thailand, Palitchoke Ayanaputra dan Slot Machine.

Wakil Malaysia sejak tiga tahun kebelakangan ini, tidak pernah ketinggalan untuk berada dalam senarai calon akhir kategori tersebut.

Faizal pernah tercalon pada tahun 2015, manakala tahun lalu, penyanyi tempatan yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, turut disenarai sebagai calon, selain band punk rock, Bunkface.

Pengundian telah bermula 4 Oktober lalu dan akan berjalan sehingga 11 November.

Peminat Faizal yang ingin mengundi, bolehlah berbuat demikian dengan melayari laman web www.mtvema.com.

Anugerah MTV Eropah akan berlangsung di London 13 November ini.



Sumber Anugerah MTV Eropah: Faizal Tahir tercalon lagi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZ1oJT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.