Azmi Arshad Bersuara, Siti Kasim Mahu Lapor Polis
Bengang dengan kritikan keras Azmi Arshad terhadap dirinya, Siti Kasim bercadang untuk membuat satu laporan polis.
Kritikan Azmi Arshad mengenai fenomena serangan beberapa pihak terhadap institusi dan umat Islam telah menimbulkan respons Siti Kasim dan pengikut laman sosialnya.
Azmi Arshad melepaskan kemarahan dan menegur pihak berkuasa kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan provokasi ke atas umat Islam dan memperlekehkan ajaran Islam sewenang-wenangnya.
Menurutnya lagi, atas kegagalan pihak yang berkewajipan itu untuk mengambil tindakan ke atas golongan ini akan menyebabkan mereka akan berterusan berkelakuan seperti ‘babi harbi’.
“Semoga Allah hancurkan kafir harbi dan Melayu munafik yang bersekongkol dengan mereka,” doa beliau.
Siti Kasim yang menyatakan isikandungan posting Azmi Arshad berisi kata-kata kesat terhadapnya, telah bercadang untuk membuat satu laporan polis ke atas Azmi Arshad.
Beberapa siri laporan polis Siti Kasim baru-baru ini telah menatijahkan beberapa individu termasuk dari golongan agamawan dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak Polis. PDRM telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan cekap, efisien dan pantas.
Pasukan polis di bawah pimpinan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun mendapat pujian dan sokongan padu dalam bertindak berikutan laporan polis yang dibuat oleh Siti Kasim dan penyokong-penyokongnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gVXoCt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment