Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagai pinang dibelah dua - Foto sekitar majlis pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagai pinang dibelah dua - Foto sekitar majlis pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi

KURANG setahun berkenalan, pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi mengambil keputusan untuk bertunang petang semalam (Jumaat).

Dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Elfira di Cheras, Kuala Lumpur, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu menerima lima dulang hantaran daripada pihak Sufian berbalas tujuh.

Elfira, 24, dan Sufian, 26, kemudian menetapkan majlis pernikahan mereka bakal dilangsungkan pada Mac 2018 sempena bulan kelahiran Elfira sendiri.

Bagaimanapun, tarikh dan lokasi rasmi masih belum ditetapkan.

Pada majlis itu, Elfira dan Sufian mengenakan dua persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini bertemakan batik.

Manakala rekaan pelamin mendapat sentuhan daripada pereka hiasan dalaman Regalia Weddings.

Elfira dan Sufian mula berkenalan pada awal tahun ini dan pada Jun lalu Sufian telah menghantar rombongan merisik setelah mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.

Turut meraikan majlis pertunangan pasangan itu, rakan artis seperti Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah, Dafi, Bella Daly dan Sari Yanti.

Astro Gempak himpunkan koleksi foto dan video menarik sekitar majlis pertunangan pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi.
 





 

 


Sumber Bagai pinang dibelah dua - Foto sekitar majlis pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xoJgXP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.