Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bahaya Panggil Mila Jutawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bahaya Panggil Mila Jutawan

PENYANYI Mila Jirin yang kini berjaya dalam bidang perniagaan tidak selesa dengan gelaran jutawan yang diberikan oleh sesetengah pihak kepadanya.

Mila atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin, 30, berkata, gelaran itu sedikit sebanyak boleh memberi impak negatif terhadap dia dan keluarga.

“Alhamdulillah, perniagaan saya kini semakin baik. Namun, saya kurang selesa apabila ada orang panggil saya jutawan.

“Bukan apa, nanti mungkin ada pihak yang berniat tidak baik terhadap saya dan keluarga. Agak bahaya sebenarnya,” ujar Mila kepada mStar Online.

Dia ditemui sewaktu sidang media Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017 di Hotel Royal Chulan The Curve, Petaling Jaya pada Selasa.

Mila kini menjalankan perniagaan merangkumi produk kecantikan, pakej perkahwinan dan pakaian.

Dalam pada itu, Mila turut meluahkan hasrat untuk membantu golongan belia mengikut jejak langkahnya dalam bidang perniagaan.

Menurut Mila, segala pengalaman yang ada padanya mahu dikongsi dengan anak muda agar semakin ramai usahawan dapat dilahirkan.

“Saya sebenarnya bermula dari kosong, bila dah ada di tahap sekarang, saya mahu kongsikan ilmu saya dengan belia di luar sana.

“Saya juga mahu buka peluang untuk mereka menjadi ahli perniagaan dan memiliki perniagaan sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai kerjaya seni, penyanyi itu mengakui masih lagi mencari material yang sesuai untuk tampil dengan single terbaharu.

Kata Mila, dia sebolehnya mahu menghasilkan lagu yang matang seiring dengan usia dan statusnya sekarang.

Dalam pada itu mengenai Sayembara Nyanyian Patriotik Selangor 2017, ia dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam.

Saringan akan berlangsung pada 4 dan 5 November depan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, manakala pertandingan akhir acara itu akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 11 November depan.

Selain Mila, antara artis yang akan membuat persembahan pada pertandingan akhir itu adalah Aina Abdul dan Dylea.

Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yptWPr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.