Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bas langgar kuil elak rempuh kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bas langgar kuil elak rempuh kereta

NILAI: Tindakan nekad seorang pemandu bas membelok masuk ke kawasan kuil bagi mengelak bertembung kereta yang terbabas ke laluannya di sini, menyelamatkan nyawa 30 penumpangnya.

Tindakannya juga menyelamatkan nyawa pemandu serta penumpang kereta terbabit walaupun bas berkenaan merempuh sebahagian dinding kuil.

Kemalangan di Jalan Labu-Gadong berhampiran pekan Labu di sini, jam 6.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pemandu bas menghala ke Nilai itu mengelak ke kanan jalan apabila menyedari kereta terbabit masuk ke laluannya secara tiba-tiba.

"Bas itu terlanggar kereta berkenaan sebelum terbabas masuk ke kawasan sebuah kuil lalu merempuh sebahagian dindingnya.

"Pemandu dan penumpang bas tidak cedera, manakala pemandu serta penumpang kereta cedera ringan," katanya di sini, hari ini.

Pemandu bas berkenaan, M Rajaair, 50, berkata dia terkejut melihat sebuah kereta menuju ke arahnya lalu segera membelok ke laluan bertentangan bagi mengelak kemalangan lebih teruk.

"Kejadian sangat pantas, namun saya sedar jika bas terbabas ke bahagian kiri jalan, kami akan terjunam ke dalam gaung dan pasti ramai akan cedera parah.

"Jadi, saya terpaksa membuat pilihan masuk ke kawasan kuil itu. Walaupun bas akhirnya merempuh sebahagian bangunan kuil kecil itu, sekurang-kurangnya tiada penumpang cedera.

"Saya juga tidak mengalami kecederaan," katanya ketika ditemui.



Sumber Bas langgar kuil elak rempuh kereta

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ieYrB0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.