Dah Cabul, Belasah Pula
Lelaki ditahan polis di Balakong kira-kira 2 petang, semalam selepas didapati mencabul anak perempuan tirinya.
Mangsa yang berusia 14 tahun dipercayai diganggu secara seksual ketika ketiadaan ibunya di rumah mereka dekat Balakong pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof berkata, suspek turut membelasah mangsa selepas remaja itu memaklumkan kejadian kepada ibunya.
"Mangsa mengadu kepada ibunya bahawa ketika berada di rumah bersama bapa tiri, dia diganggu secara seksual.
"Bapa tirinya bertindak mencium leher, memegang bahagian dada dan menyentuh alat sulit mangsa ketika ketiadaan ibu mangsa dalam kejadian Selasa lalu," katanya.
Beliau berkata, suspek yang berang bagaimanapun bertindak memukul dan menendang dada mangsa, semalam, kerana memaklumkan kejadian kepada ibunya.
"Susulan daripada itu, pihak polis menahan suspek di kediaman mereka. Suspek yang berusia 35 tahun direman sehingga Sabtu depan untuk siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Seksual Kanak-kanak 2017.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hQbxB6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment