Da’i Hakim menepati ramalan
MENEPATI ramalan, Da’i Hakim muncul juara program Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam ini.
Kemenangan Hakim atau nama sebenarnya Muhammad Luqman Hakim Othman berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, pakej umrah dan trofi.
Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi terpaksa berpuas hati dengan hadiah sagu hati wang tunai RM5,000, pakej pelayaran penyucian jiwa berserta trofi.
Setiap peserta diberikan masa lima minit untuk dua tema persembahan iaitu Masyarakat Kini dan Bebas.
Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan dua juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.
Sistem penjurian untuk musim ini dinilai berdasarkan 70 peratus daripada juri profesional, 20 peratus akan diberikan Murabbi iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah dan 10 peratus daripada juri awam terpilih.
The post Da’i Hakim menepati ramalan appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x75bHQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment