Hi! Welcome Back and Stay Tune! Datuk Siti Nurhaliza Hamil Empat Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Datuk Siti Nurhaliza Hamil Empat Bulan

Datuk Siti Nurhaliza Hamil Empat Bulan

Datuk Siti berehat daripada semua kerja dan aktiviti. (Pic: Instagram @ctdk)

Spekulasi kehamilan Datuk Siti Nurhaliza terjawab apabila penyanyi terkenal itu mengesahkan dirinya mengandung empat bulan.

Siti, 38, berkongsi berita gembira itu melalui siaran langsung Instagram Live miliknya, @ctdk dan YouTube Siti Official Video dari kediamannya di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

"Pada usia 38 tahun dan ulang tahun ke-11 perkahwinan, Tuhan makbulkan impian untuk bergelar ibu, tidak lama lagi. Fokus saya sekarang adalah semua hal membabitkan anak dan tidak mengambil sebarang kerja atau aktiviti," katanya.

Terang Siti, tujuan utama beliau membuat pengumuman adalah supaya pihak yang berurusan dengan Siti Nurhaliza Production memahami keadaan dirinya yang tak dapat memenuhi undangan sejak beberapa bulan lalu dan untuk tempoh akan datang.

Terdahulu, Siti dan suami mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat yang dihadiri sanak-saudara dan kenalan rapat mereka.

Pada sesi itu, Siti yang mengenakan jubah berwarna merah muda tampak berseri-seri. Paling ketara, tubuh Siti kelihatan sedikit berisi sesuai dengan perubahan fizikal yang dialaminya.

"Saya harap peminat dan semua pihak supaya kandungan saya sihat. Semoga anak yang dilahirkan nanti akan menjadi insan yang baik,"katanya.

Spekulasi kehamilan Siti mula tersebar sejak beberapa bulan lalu apabila penyanyi lagu Segala Perasaan itu berhasrat memperlahankan seketika kerjaya seninya.

Namun, Siti yang tampil dengan album terbaharu, SimetriSiti, Mei lalu, enggan menggembar-gemburkan berita kehamilannya kerana bimbang sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Pada Disember 2015, Siti pernah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Ketika itu, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin dilaporkan reda dan bersyukur kerana anugerah terindah itu sempat dipinjamkan Allah SWT seketika.

Siti dan Khalid mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.



Sumber Datuk Siti Nurhaliza Hamil Empat Bulan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yjkw5i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.