Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dedah Bagaimana Kelab Buat Ronaldo Gembira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dedah Bagaimana Kelab Buat Ronaldo Gembira

CRISTIANO Ronaldo sentiasa mengambil tugas sepakan penalti ketika beraksi dengan kelab Real Madrid.

Menurut Sergio Ramos, ia sangat berkait dengan hierarki yang ketat di Bernabeu.

Pemain Portugis itu adalah pemain pilihan pertama dan jika dia tidak bersedia, Ramos akan mengambil tugas tersebut.

Bintang PSG, Neymar dan Edinson Cavani bertekak tentang siapa yang harus melakukan penalti ketika menang 2-0 ke atas Lyon pada bulan lalu.

Ramos, bagaimanapun menyatakan senario sedemikian tidak akan berlaku di Madrid.

Dia memberitahu France Football: “Perkara seperti itu tidak akan berlaku di Madrid kerana semuanya dirancang sebelum perlawanan.

“Semuanya teratur dan diselaraskan.

“Cristiano mengambil penalti dan jika bukan dia, saya akan lakukannya.

“Malah ada juga orang ketiga yang diberikan tugas ini sebelum setiap perlawanan.

“Cavani dan Neymar adalah dua pemain hebat dan saya yakin mereka dapat mencapai persetujuan.”

Ramos juga mendedahkan tentang hubungannya dengan pengurus Zinedine Zidane.

Katanya, dia mempunyai hubungan erat dengan Zidane.

“Kami bersahabat baik,” katanya.

“Saya tak kisah setia kepadanya, dengannya setiap perkara sentiasa mudah dan jelas.

“Hubungan kami sangat baik dan jurulatih saya adalah rakan seumur hidup.

“Diego Maradona pernah berkata, ‘hanya hitam atau putih, tiada kelabu’ dan itulah Zidane diibaratkan.” – dailystarUK/mStar Online

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yE2Swu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.