Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Abdul Rahman, Isteri Ziarah Keluarga Mangsa Kebakaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Abdul Rahman, Isteri Ziarah Keluarga Mangsa Kebakaran


KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi dan isteri Siti Syorgayah Ahmad Zaidin hari ini menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Kampung Boyan.

Dalam lawatan tersebut, Dr Abdul Rahman meluangkan masa bertemu keluarga mangsa di samping melihat tapak rumah yang ranap.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Selain itu, Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan YAKIN turut sama hadir menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Hadir sama Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai Merdehi Mas, Ketua Wanita PBB Cawangan Pantai Damai Jamaiyah Sulaiman dan ahli Skuad Sayang Pantai Damai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi tadi tiga buah rumah musnah dalam kebakaran yang hampir meragut nyawa lapan sekeluarga.-Sarawakiana






✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x7OckP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.