DxOMark : Kamera Huawei Mate 10 Pro Lebih Baik Berbanding iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8
DxOMark sedia terkenal dengan ujian penanda aras untuk kamera pada peranti mudah-alih, mahupun kamera biasa. Terkini, DxOMark telah pun mengeluarkan skor untuk Huawei Mate 10 Pro – yang mana memperlihatkan ia mencatatkan skor lebih tinggi berbanding dengan iPhone 8 Plus ataupun Galaxy Note 8.
DxOMark memberikan skor sebanyak 97 untuk Huawei Mate 10 Pro, meletakkan ia dikedudukan kedua tertinggi – hanya satu skor kurang daripada Google Pixel 2.
DxO mengatakan Huawei Mate 10 Pro memberikan pengalaman rakaman gambar yang sangat baik, termasuk pada keadaan cahaya malap. Rakaman gambar pada kadar zoom dua kali juga adalah baik, selain simulasi bokeh yang baik. Untuk rakaman video pula, ia dikatakan menawarkan rakaman yang pantas dan autofokus yang jitu.
Huawei Mate 10 Pro hadir dengan lensa 20-megapixel untuk rakaman gambar hitam-putih, dan juga 12-megapixel untuk rakaman RGB. Kedua-duanya menggunakan penjenamaan Leica, serta menggunakan sensor f/1.6.
Harga jualan Huawei Mate 10 Pro masih belum diumumkan lagi di Malaysia, namun ia dikatakan akan berharga kurang daripada RM3399 – harga jualan Mate 9 Pro pada tahun lepas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gTA2gM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment