Empat pengikut Syiah ditahan, batu Karbala dirampas
JHEAIK menahan empat lelaki yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di sebuah rumah kedai. — Paparan skrin GoogleJITRA, 1 Okt — Empat lelaki termasuk dua beradik dipercayai pengikut ajaran Syiah ditahan di sebuah premis rumah kedai di sini petang semalam, kata pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Negeri Kedah (JHEAIK) Datuk Abdul Rahman Ismail.
Beliau berkata kesemua lelaki berusia 22 hingga 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota jabatan berkenaan yang melakukan serbuan di premis itu pada 6.25 petang.
Hasil pemeriksaan menemukan beberapa barang yang disyaki mengandungi ajaran Syiah yang melanggar fatwa negeri Kedah mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya antara barang yang dirampas beberapa jenis kitab larangan, baju berwarna hitam bertulis ‘Al-Mahdi is here’, akuan berkanun dan batu karbala yang biasanya digunakan pengikut ajaran Syiah untuk tempat meletakkan dahi ketika sujud dalam solat.
Beliau berkata kesemua mereka dan barang rampasan tersebut dibawa ke pejabat JHEAIK untuk siasatan lanjut. — Bernama
Sumber Empat pengikut Syiah ditahan, batu Karbala dirampas
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCq35Z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment