Hi! Welcome Back and Stay Tune! Giggs intai jawatan kosong Leicester, Everton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Giggs intai jawatan kosong Leicester, Everton

LONDON: Legenda Manchester United, Ryan Giggs menyatakan minat terhadap kekosongan jawatan di Leicester City dan Everton.

Everton memecat pengurusnya Ronald Koeman semalam selepas The Toffees terjerumus ke zon penyingkiran berikutan kekalahan memalukan 5-2 kepada Arsenal di laman sendiri.

Pengendali dari Belanda itu menjadi mangsa korban ketiga musim ini selepas Crystal Palace memecat rakan senegaranya Frank de Boer hanya selepas empat perlawanan dan Leicester yang menamatkan kontrak Craig Shakespeare, minggu lalu.

"Bagi saya sukar untuk menolak tawaran daripada kedua-dua kelab ini," kata Giggs kepada Sky Sports, merujuk kepada Everton di kedudukan ke-18 EPL dan Leicester (14).

"Saya fikir kedua-dua kelab ini mempunyai sejarah yang hebat, Leicester muncul juara liga dua musim lalu, Everton pula memiliki sejarah yang menakjubkan.

"Bagaimanapun, saya pasti ramai jurulatih di luar sana berminat untuk kedua-dua jawatan terbabit."

Giggs mempunyai koleksi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris dan membuat 963 penampilan bersama United sebelum mengemudi Red Devils untuk empat perlawanan sebagai pengurus sementara susulan pemecatan David Moyes pada 2014.

Dia kemudiannya bekerja sebagai penolong pengurus di bawah Louis van Gaal tetapi mengikut jejak langkah pengendali dari Belanda itu keluar dari Old Trafford kerana ditawarkan peranan lebih rendah oleh Jose Mourinho.

- REUTERS



Sumber Giggs intai jawatan kosong Leicester, Everton

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yKdPet

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.