Hi! Welcome Back and Stay Tune! Girls Generation Takkan Bubar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Girls Generation Takkan Bubar

Kumpulan popular, Girls’ Generation (SNSD) ketika ini menjadi bualan hangat peminat muzik KPop ekoran berita mengejutkan, tiga anggota iaitu Sooyoung, Seohyun dan Tiffany memutuskan tidak lagi meneruskan kontrak bersama SM Entertainment.

Meskipun kekurangan anggota, syarikat pengurusan dan agensi berpengaruh tersebut menegaskan SNSD tidak akan dibubarkan.

Memetik laporan media Korea, SM berjanji pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai perancangan untuk ‘menyatukan’ semula semua anggota dan mereka akan terus aktif sebagai sebuah girl group. Namun sekiranya keputusan yang diperolehi gagal, SNSD tetap akan meneruskan promosi dengan lima anggota.

Bagaimanapun, kenyataan SM itu gagal meyakinkan peminat sebaliknya mengundang komen berbaur sindiran daripada kalangan netizen. Rata-rata beranggapan, ia seperti SM telah mengumumkan pembubaran kumpulan yang cukup popular dengan lagu seperti Gee

“Dengan separuh member pergi, pada dasarnya ini adalah pembubaran,” tulis seorang peminat.

“5 anggota. Ini memang pelik,” komen seorang lagi.

“Mereka boleh menjadi seperti kumpulan Shinhwa yang bekerja dari agensi lain tetapi tetap boleh aktif sebagai satu kumpulan,” komen yang lain.

Ditubuhkan pada tahun 2007, anggota lain SNSD terdiri daripada Sunny, Yuri, Yoona, Taeyeon dan Hyoyeon.

The post Girls Generation Takkan Bubar appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wOcfVt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.