Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hampir bercerai kerana suami suka mengigau memukulnya dalam tidur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hampir bercerai kerana suami suka mengigau memukulnya dalam tidur

Taichung, Taiwan: Seorang wanita hampir bercerai dengan suaminya kerana tidak tahan dipukul lelaki itu yang sering mengigau seperti bergaduh ketika tidur.

Wanita itu yang dikenali sebagai Wu, 60, memberitahu, dia berkahwin dengan suaminya hampir 30 tahun tetapi lelaki itu mula mengigau ketika tidur kira-kira 10 tahun lalu.

 

 

Hampir bercerai kerana suami suka mengigau memukulnya dalam tidur

Hampir bercerai kerana suami suka mengigau memukulnya dalam tidur

 

Katanya, pada mulanya suaminya hanya bercakap ketika tidur namun sejak beberapa tahun dia sering menumbuk dan menendang seperti bergaduh.

Pada satu tahap, dia juga pernah memfailkan aduan keganasan rumahtangga terhadap suaminya akibat sering ditumbuk dan ditendang suaminya ketika tidur.

Selepas berbincang dengan suaminya, lelaki itu bersetuju untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuang Tian di sini.

Seorang doktor, Yang Chun-bei berkata, lelaki itu mengalami satu keadaan dikenali sebagai gangguan perilaku tidur gerak-mata cepat (REM).

Menurutnya, gangguan itu menyebabkan lelaki itu membuat pergerakan fizikal seperti di dalam mimpinya daripada membiarkan ia bermain di minda seperti manusia normal.

Keadaan pelik itu hanya berlaku ketika fasa tidur nyenyak REM, iaitu apabila mimpi berlaku.

Lelaki itu juga tidur di pusat kajian tidur di hospital itu di mana kamera merakamkan aksinya menumbuk dan menendang ketika tidur.

“Ini adalah tanda klasik gangguan perilaku tidur REM dan ia sebenarnya boleh dirawat dengan bantuan ubatan.

“Pesakit itu kini menjalani satu rawatan yang membantu menyelamatkan perkahwinan dan hubungan dengan isterinya,” katanya.

Menurut kajian, pesakit yang mengalami masalah itu jarang mencederakan diri mereka sebaliknya sering memberi kesan kepada siapa yang tidur di sebelahnya.

Sumber: Metro



Sumber Hampir bercerai kerana suami suka mengigau memukulnya dalam tidur

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hREVuk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.