Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hanis Zalikha Jawab Isu ‘Ditinggal-tinggalkan’ Suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hanis Zalikha Jawab Isu ‘Ditinggal-tinggalkan’ Suami

Selebriti Hanis Zalikha menjelaskan dia tidak mempunyai masalah walaupun ‘ditinggalkan’ suaminya pelakon Hairul Azreen yang sibuk dengan hobi memancing, sejak kebelakangan ini.

Kata Hanis, sejak sebelum mereka berkahwin lagi, dia dan Hairul saling memahami dan menyokong minat antara satu sama lain malah kadangkala mereka juga melakukan satu-satu hobi itu bersama-sama.

“Ini bukan nasihat tetapi sekadar perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong/sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba, dan memancing kat muara. Jadi saya tidak rasa semua itu perlu berubah hanya disebabkan kami sudah berkahwin.

“Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang. Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya),” tulisnya di Instagram.

Hanis, 26, berkata demikian sekaligus menjawab pertanyaan netizen yang mempersoalkan bagaimana dia boleh membiarkan dan membenarkan Hairul melakukan hobinya sehingga dia ditinggalkan di rumah berhari-hari.

..

Bagi ibu kepada Yusuf Iskandar ini, selagi dia dan suaminya saling jujur dan mengamalkan sikap bertolak ansur, tiada masalah untuk sesekali mereka menggunakan masa menikmati hobi masing-masing.

“Tapi kita kena tahu logik dan toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai). Dia boleh pergi memancing, saya pun boleh keluar dengan kawan-kawan saya,”

“But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak.

Dalam pada itu, Hanis juga menyarankan terutama kepada wanita yang berstatus isteri bahwa tidak salah jika menyokong hobi suami setidak-tidaknya itu juga antara cara kita menunjukkan rasa kita menghargai mereka dalam usaha mengukuhkan lagi kebahagian rumah tangga.

Lagipun sebagai manusia, kita tetap memerlukan ruang masing-masing dan mahukan masa peribadi sendiri.

The post Hanis Zalikha Jawab Isu ‘Ditinggal-tinggalkan’ Suami appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y69IKm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.