Hi! Welcome Back and Stay Tune! Haqiem Rusli: Ada sebab saya tak 'upload' gambar dengan wanita tak tutup aurat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Haqiem Rusli: Ada sebab saya tak 'upload' gambar dengan wanita tak tutup aurat

MUNGKIN ramai yang sudah tahu tentang prinsip pendatang baru, Haqiem Rusli yang tidak akan menghasilkan lagu buat penyanyi wanita.

Haqiem, 19, ada sebab tersendiri mengapa dia berpegang teguh kepada prinsip tersebut dan memberitahu, dia pendiriannya itu tidak akan pernah berubah.

Selain itu, Haqiem juga satu-satunya artis lelaki yang jarang memuat naik foto bersama wanita di akaun Instagramnya.

Ketika diajukan soalan tersebut oleh wartawan Sudirman Mohd Tahir menerusi program Konti Karat, Haqiem mengakui tidak memuat naik foto bersama wanita yang tidak menutup aurat.

“Bukan nak berlagak alim atau tunjuk bagus tapi saya tidak mahu menjadi punca dosa. Tetapi saya tak pernah membataskan diri bergambar dengan peminat wanita.

“Saya mahu berubah ke arah kebaikan. Selepas sekolah saya mulai sedar tentang banyak perkara. Ramai yang beranggapan bidang muzik ini melalaikan, tapi sebenarnya banyak cara yang kita boleh lakukan ke arah kebaikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem turut berkongsi tentang single ketiganya yang berjudul Jatuh Bangun, ciptaanya sendiri bersama Omar K.

Single tersebut bakal dimuatkan dalam album sulungnya yang sedang dalam proses pembikinan bersama empat lagu baru dan dua single sebelum ini Segalanya dan Tergantung Sepi.

Untuk mengetahui apa lagi yang dikongsi Haqiem bersama Konti Karat, jangan lupa esok jam 9 malam di saluran Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135.

Foto: Instagram Haqiem Rusli



Sumber Haqiem Rusli: Ada sebab saya tak 'upload' gambar dengan wanita tak tutup aurat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i9j9Cy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.