Harapan baharu bagi kes perhambaan moden
LONDON: Keputusan mahkamah tertinggi Britain ke atas seorang amah Filipina yang mendakwa diperdagangkan dan dilayan seperti hamba oleh diplomat Arab Saudi dilihat merintis jalan mendapatkan keadilan untuk mangsa lain.
Cherrylyn Reyes membuat aduan kepada tribunal pekerja pada 2011, mendakwa dizalimi bekas majikannya, Jarallah Al Malki serta isteri yang bertindak merampas pasport, melakukan penderaan serta membayar kurang daripada gaji minimum.
Tribunal itu dan Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak membicarakan kes berkenaan kerana majikannya dilindungi imuniti diplomatik sebagai seorang diplomat di Britain dan tidak boleh dibicarakan.
Mahkamah Tinggi Britain hari ini bagaimanapun memerintahkan tribunal itu mendengar semula kes berkenaan kerana Al-Malki tidak lagi memiliki imuniti penuh diplomatik selepas menamatkan perkhidmatan di Britain pada 2014.
Reyes dalam satu kenyataan berkata, beliau sedar ramai pembantu rumah mengalami nasib sepertinya dan keputusan itu membantu mereka mendapat keadilan.
"Saya gembira kerana mereka boleh menggunakan kes saya sebagai rujukan dan menamatkan penderitaan yang terpaksa ditanggung," katanya.
Semua pertuduhan dibuat Reyes bagaimanapun belum disemak semula kerana tumpuan ketika ini diberikan untuk melihat jika pasangan terbabit boleh menuntut perlindungan imuniti atau tidak. - Reuters
Sumber Harapan baharu bagi kes perhambaan moden
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ySmXir
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment