Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hina sultan: Wan Ji ditahan polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hina sultan: Wan Ji ditahan polis

Hina sultan: Wan Ji ditahan polis

Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin, ditahan polis dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes menghina sultan.

Wan Ji yang juga penceramah bebas dan aktivis Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan kira-kira jam 2.40 petang di perkarangan Masjid Sembilang di sini selepas selesai solat Jumaat.

Difahamkan, dia turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid terbabit hari ini.

Wan Ji kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah bagi disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Difahamkan sebelum ini, Jawatankuasa Surau Muhammad Al-Fateh, Taman Pauh Jaya di sini, membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja menerusi ceramahnya.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik ketika dihubungi mengesahkan penahanan Wan Ji dengan permohonan reman ke atasnya akan dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, esok.

Sementara itu, Penasihat Strategik Ketua Menteri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehingga kini pihaknya tidak dimaklumkan mengenai alasan penahanan Wan Ji.

Katanya, satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih mengenai tangkapan itu.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Hina sultan: Wan Ji ditahan polis

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ghkIxI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.