Hi! Welcome Back and Stay Tune! Indeks U.S Dolar Jatuh, Tumpuan Terarah Pada Laporan 8.30 Malam Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Indeks U.S Dolar Jatuh, Tumpuan Terarah Pada Laporan 8.30 Malam Ini

Matawang U.S dolar menyusut berbanding matawang utama pada hari Khamis berikutan tumpuan pelabur terhadap laporan ekonomi yang akan dikeluarkan pada malam ini dan spekulasi calon pengganti pengerusi Fed.

Dolar mengukuh pada awal minggu ini selepas laporan Presiden Donald Trump yang kelihatan lebih memihak kepada pakar ekonomi John Taylor sebagai penganti Janet Yellen. Taylor kelihatan lebih hawkish daripada Yellen.

Namun dolar mula menyusut pada hari Rabu berikutan laporan data perumahan yang jatuh pada bulan September. Permit perumahan juga mencatat kemerosotan.

Para pemain pasaran memberi tumpuan pada laporan jumlah tuntunan pengangguran dan aktiviti pembuatan yang akan dikeluarkan pada hari ini sebagai indikasi untuk mengukur kekuatan ekonomi.

EUR/USD meningkat sebanyak 0.16% iaitu pada 1.1806, manakala GBP/USD menyusut sebanyak 0.35% kepada 1.3159 selepas jumlah jualan runcit UK jatuh melebihi jangkaan pada bulan September setakat jam 6.35 p.m.

Kerajaan Sepanyol merencanakan untuk mencabut autonomi Catalonia dan mengenakan tindakan undang-undang selepas presiden Catalonia masih berkeras untuk tidak menarik pengisytiharan kemerdekaan.

USD/JPY juga mencatat penyusutan sebanyak 0.37% pada bacaan 112.52. Matawang AUD menguat sebanyak 0.25% iaitu pada 0.7866 berbanding US dolar, manakala NZD/USD menyusut sebanyak 1.64% iaitu pada 0.7032, bacaan terendah sejak 10 Oktober setakat jam 6.35 p.m.

Laporang Jabatan Perangkaan Australia melaporkan peningkatan pekerjaan sebanyak 19,800 pada bulan September mengatasi jangkaan yang menjangkakan pertambahan 15,000 pekerja. Selain itu, kadar pengangguran juga positif apabila kadar tersebut berkurangan daripada 5.6% kepada 5.5%.

Indeks U.S dolar jatuh sebanyak 0.21% iaitu kepada bacaan 93.10 setakat jam 6.35 p.m

 

 

The post Indeks U.S Dolar Jatuh, Tumpuan Terarah Pada Laporan 8.30 Malam Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xRE0RM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.