Hi! Welcome Back and Stay Tune! KDNK Malaysia Disemak Semula Pada 5.2% - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KDNK Malaysia Disemak Semula Pada 5.2%



Bank Dunia menyemak semula kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini pada 5.2 peratus berbanding 4.9 peratus yang diunjurkan pada Jun lalu berikutan pertumbuhan sebenar lebih kukuh daripada jangkaan iaitu 5.7 peratus pada separuh pertama tahun ini. 

Pengurus Negara Malaysia, Faris Hadad-Zervos berkata negara dijangka mampu bagi meneruskan trajektori pertumbuhan pada kadar lebih tinggi meskipun pada awalnya Bank Dunia menjangkakan ekonomi negara hanya berkembang pada 4.3 peratus.

“Jangkaan ini mencerminkan Malaysia sebagai ekonomi terbuka dengan persekitaran luaran yang menggalakkan dan membantu peningkatan berterusan negara di samping dasar yang turut merangsang permintaan domestik dan pelaburan,” katanya pada taklimat media Laporan Ekonomi Asia Timur dan Asia Pasifik edisi Oktober 2017, di sini, semalam.

Laporan itu turut menyaksikan Bank Dunia menyemak semula KDNK Malaysia bagi 2018 dan 2019 dengan aktiviti ekonomi dijangka berkembang pada lima peratus (disemak semula 0.5 peratus) dan 4.8 peratus (naik 0.3 peratus).

Ketua Ekonomi Bank Dunia Richard Record berkata, peningkatan semakan semula KDNK itu disumbang melalui pertumbuhan ekonomi yang mantap dan sejajar dengan petunjuk utama yang menggalakkan aktiviti dan keyakinan sektor swasta bagi jangka pendek.

Menurutnya, ekonomi Malaysia dijangka dapat mengekalkan momentum pertumbuhan semasa hingga 2018 dan 2019 meskipun pada kadar lebih sederhana ketika jangkaan pertumbuhan perbelanjaan modal lebih rendah

“Jangkaan pertumbuhan Malaysia lebih tinggi pada tahun ini adalah disebabkan pertemuan antara faktor luar dan domestik. Ia lebih cepat daripada jangkaan pertumbuhan bagi ekonomi maju termasuk China dan memberi kesan positif kepada ekonomi terbuka Malaysia kerana terdedah kepada aliran perdagangan antarabangsa,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y293Jh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.