Kebakaran Tangki Peluwap Di Loji Penapisan Petronas Kerteh
KUALA TERENGGANU – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan sebuah tangki peluwap di loji penapisan Kerteh yang dikendalikan PETRONAS Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd, terbakar kira-kira pukul 8 malam tadi.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pasukan Respons Kecemasan kilang penapisan itu bertindak serta merta dan api dapat dipadamkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerteh kira-kira pukul 10 malam.
Ia berkata, tiada kakitangan dilaporkan cedera dalam kebakaran itu dan masyarakat sekeliling tidak terjejas oleh kejadian itu.
“PETRONAS Penapisan Terengganu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengenal pasti punca kebakaran,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z2b6L1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment