Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecoh babi berkeliaran di lebuhraya PLUS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecoh babi berkeliaran di lebuhraya PLUS

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) gempar apabila 14 ekor babi berkeliaran di laluan itu di sekitar Kilometer 198, arah utara pagi tadi.

Haiwan terbabit terlepas ke atas jalan selepas lori yang membawanya terbabit dalam kemalangan dan terbalik di lokasi terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.

Dalam kemalangan itu, lori membawa babi yang dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke Senawang, Negeri Sembilan itu dipercayai dilanggar oleh sebuah PROTON Gen2 dari arah belakang sebelum kedua-dua kenderaan itu terbabas di bahu jalan.

Pemandu lori itu, Tee Yu Peng, 58, berkata dia memandu di lorong paling kiri ditemani isteri, Tan Bee Chin, 55, dalam perjalanan membawa ternakan berkenaan ke Senawang.

“Saya memandu perlahan di lorong kiri kira-kira 70 kilometer sejam, sebelum tiba-tiba rasa lori bergegar kerana ada sesuatu langgar dari belakang.

KEADAAN lori yang terbabit dalam kemalangan di sekitar Kilometer 198, arah utara pagi tadi. – Foto Rasul Azli Samad

“Kemalangan ini menyebabkan lori terbabas dan melanggar penghadang kiri jalan sebelum memasuki longkang dan terbalik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kata Yu Peng, akibat kemalangan itu dia cedera di bahu, manakala isterinya hanya cedera ringan di kepala.

Difahamkan, pemilik lori babi berjaya menangkap semula haiwan ternakannya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah lagi lori pada jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, berkata penuntut sebuah kolej yang juga pemandu PROTON Gen2, Muhamad Dhiaulhaq Xulkifli, 18, cedera di kepala, manakala dua sahabatnya tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BH Online


Sumber Kecoh babi berkeliaran di lebuhraya PLUS

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kxHYc6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.