Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa kucing mudah tertarik dengan kotak sempit? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa kucing mudah tertarik dengan kotak sempit?

eletah si comel bila diberikan kotak memang sungguh mencuit hati. Kadang-kadang boleh tergelak sendiri dibuatnya punyalah bersungguh dia nak masuk muatkan badan ke dalam kotak kecil tu kan. Satu video dari 9Gag mempertontonkan kecomelan seekor kucing yang gebu untuk memasukkan dirinya ke dalam kotak sempit. Sunggu mencuit hati penonton!

 

 

Kenapa kucing mudah tertarik dengan kotak sempit?

Kenapa kucing mudah tertarik dengan kotak sempit?

 

Ini videonya:

 

The box is too small

Try this with your cat and show us the results!

Posted by 9GAG Cute on 12hb Oktober 2017

 

 

Pernah tak terfikir kenapa kucing sukakan kotak sempit? 

Menurut saintis, kucing menyukai kotak kerana ia adalah sifat semulajadi pemangsa yang ada dalam dirinya. Pemangsa sebagaimana ular, biawak dan buaya sangat suka untuk bersembunyi di tempat yang tersorok dan tidak kelihatan.

Satu laporan daripada veterinar Claudia Vinke dari Universiti Utrecht, Netherlands mengkaji hubungkait sifat semulajadi kucing dan persekitarannya memberitahu – kucing melihat kotak sebagai satu tempat perlindungan.

Kucing yang diberikan kotak adalah lebih mudah mesra dengan persekitarannya kerana dia merasa selamat sedangkan kucing yang dibiarkan tanpa sebarang kotak atau tempat persembunyian, menyebabkan ia sedikit garang dan tidak mesra dengan persekitarannya.

Kajian ini turut disokong oleh Stephen Zawistowski seorang penasihat sains kepada American Society for Prevention of Cruelty to Animals menegaskan – kucing adalah haiwan dalam golongan “Cryptic” iaitu haiwan yang suka bersembunyi dan menyendiri. Sifat semulajadi kucing yang setara dengan harimau dan singa membuatkan kucing juga suka untuk memerhati keadaan sekelilingnya.

Namun apa yang sentiasa menjadikan ia lucu, walaupun kotak itu kecil si comel tetap mahu memuatkan dirinya didalam kotak. Tidak semestinya juga sebuah kotak, kucing turut suka kepada mana-mana tempat yang sempit seperti laci dan shopping bag.

Kalau diikutkan rasa nak picit-picit kan kucing yang pandai menyembunyikan diri ni. Comel sangat! Bila kucing dah tidur dalam kotak, kucing boleh habiskan 8-12 jam dengan tidur di situ kerana terlalu selesa dan hangat.

Jika anda ada kucing di rumah, boleh lah cuba berikan kucing anda permainan ini. Tak perlu gunakan modal yang banyak. Cukup dengan mencari kotak-kotak terbuang yang boleh dikitar semula. Berikan kucing anda satu ruang yang boleh buat dia selesa dan rasa selamat.

Pastinya bila kucing kita rasa gembira, banyak lagi keletah manjanya akan kelihatan. Pasti ceria hidup kita kan dengan aksi-aksi manja dan bersahaja kucing-kucing ini. Boleh hilangkan stress tatkala pulang dari tempat kerja.

Selamat mencuba!

 

 

 

Sumber: Amazingnara

 

 



Sumber Kenapa kucing mudah tertarik dengan kotak sempit?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yxZ7pq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.