Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kid Rock nafi mahu bertanding Senator - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kid Rock nafi mahu bertanding Senator

LOS ANGELES: Penyanyi Kid Rock tidak akan bertanding untuk kerusi Senat semalam, kerana sudah bersedia menerbitkan album dan mengadakan konsert.

Beliau berkata, dalam temubual radio bahawa petunjuk awal yang diberikan mengenai perkara itu cuma satu jenaka.

Rock, 46, penyokong Presiden Donald Trump, menyemarakkan khabar angin beliau akan bertanding di negeri kelahirannya, Michigan, sepanjang tahun.

Julai lalu, Rock melancarkan laman web dan mempromosikan ia menerusi media sosial: kidrockforsenate.com.

Namun ketika tampil dalam program radio Howard Stern, Rock mempersendakan ideanya sebagai senator, berkata memang jelas beliau tidak pernah serius.

Album terbaru Rock, atau nama sebenarnya Robert James Ritchie, Sweet Southern Sugar, akan dikeluarkan bulan depan.

Beliau mula terkenal dengan album pertamanya, Devil Without a Cause pada 1998.

Senator Demokrat dari Michigan, Debbie Stabenow menggunakan khabar angin itu untuk menggesa penyokong memberi sumbangan kepada kempennya, berkata undian menunjukkan Rock boleh menjadi calon Republikan. - Reuters



Sumber Kid Rock nafi mahu bertanding Senator

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h7gV3g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.