Kotak iPhone X Yang Mesra Alam Diperlihatkan Oleh Apple
Apple iPhone X akan dilancarkan pada bulan November hadapan. Ramai peminat Apple menantikan penjualannya sehingga jualan iPhone 8 sedikit terjejas. Bagi yang tidak sabar-sabar lagi untuk membelinya, Apple telah memperlihatkan rekaan kotak untuk iPhone X.
Imej ini muncul di dalam dokumen laporan impak ke atas alam sekitar yang dikeluarkan oleh Apple. Mereka mendedahkan 55% bahan menghasilkan kotak iPhone X adalah dari bahan yang dikitar semula. Pada waktu yang sama 100% kotak iPhone X yang dihasilkan menggunakan buluh, hampas tebu dan kayu dari hutan yang ditebang dengan lestari boleh dikitar semula.
Bagi insan yang peduli dengan impak pembelian mereka ke atas alam sekitar, Apple memastikan ianya seminimum mungkin. Ini adalah sejajar dengan sasaran mereka untuk menghasilkan produk 100% dari sumber yang dikitar semula.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yZSWKj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment