Lelaki Maut Tertembak Senapang Buatan Sendiri
KINABATANGAN: Seorang lelaki maut selepas tertembak senapang buatan sendiri di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Koyah, Kampung Paris 3 dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supritendan A. Sahak Rahmat berkata, mangsa warga Indonesia berusia 48 tahun bertugas sebagai pekerja di ladang tersebut dan mayatnya dijumpai pada 7 pagi oleh anaknya.
Katanya anak mangsa menemukan bapanya terbaring bersebelahan motosikalnya di jalan ladang itu.
Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan di bahagian leher bawah dagu mangsa yang disyaki dilepaskan dari bawah dan kesan melecur pada pergelangan tangan kiri.
Pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian mengesyaki motosikal mangsa telah terlanggar jalan yang tidak rata dan mengakibatkan senjata api yang dibawa meletup sendiri dan mengenainya, katanya kepada Bernama pada Khamis.
A. Sahak berkata, enam butir peluru disisip pada bahagian tali pinggang sebelah kanan mangsa dan terdapat sebutir kelongsong peluru berada di dalam senapang itu.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk mengesahkan kecederaan dan kematian sebelum dibawa ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat. - mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x8bVkV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment