Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki sakit mental ditahan minta maaf pada polis lepas bunuh pencuci rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki sakit mental ditahan minta maaf pada polis lepas bunuh pencuci rumah

IPOH, 9 Okt — Seorang lelaki ditahan polis selepas memohon maaf dan mengaku dia telah membunuh seorang wanita berumur lingkungan 40-an di rumahnya di Kampung Tersusun Tasek di sini, hari ini.

 

Lelaki sakit mental ditahan minta maaf pada polis lepas bunuh pencuci rumah

Lelaki sakit mental ditahan minta maaf pada polis lepas bunuh pencuci rumah

 

 

 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berumur 34 tahun itu hadir ke Balai Polis Bercham pada kira-kira 3.30 petang dan memberitahu dia telah membunuh wanita terbabit.

“Apabila tiba di rumah terbabit polis menemukan mayat mangsa dengan kesan kecederaan di bahagian muka dan belakang kepala serta tiga jari tangan putus selain sebilah parang dijumpai di hadapan rumah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa datang ke rumah suspek kira-kira 2.30 petang tadi untuk membersihkan rumah sebelum dia dibunuh.

“Semasa kejadian hanya mangsa dan suspek berada di dalam rumah dan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dipercayai dibunuh di antara ruang tamu dengan dapur,” katanya.

Sum berkata pihak polis dimaklumkan oleh keluarga suspek bahawa suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dipercayai mempunyai masalah mental.

“Mangsa pula bukan bekerja tetap di rumah itu sebaliknya hanya bekerja sambilan apabila dipanggil oleh keluarga untuk mencuci rumah,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata polis akan menyiasat motif kejadian dan mendapatkan keterangan lanjut daripada doktor serta laporan kesihatan suspek. — Bernama

 
Sumber: Malay Mail


Sumber Lelaki sakit mental ditahan minta maaf pada polis lepas bunuh pencuci rumah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wIxRTr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.