Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lembu sado, ayam ‘Onagadori’ tarikan pengunjung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lembu sado, ayam ‘Onagadori’ tarikan pengunjung

Penduduk bergotong-royong menumbangkan lembu jenis Charolais, seberat kira-kira satu tan, dalam program ibadah korban di Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu, 13 September 2016. ― Foto Bernama Penduduk bergotong-royong menumbangkan lembu jenis Charolais, seberat kira-kira satu tan, dalam program ibadah korban di Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu, 13 September 2016. ― Foto Bernama ISKANDAR PUTERI, 7 Okt ― Pameran lembu ‘Sado’ mengujakan pengunjung Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang masuk hari kedua hari ini.

Sebanyak lapan ekor lembu pelbagai baka seperti Belgium Blue, Hereford, Murray Gray dan Limousin diperlihatkan kepada orang ramai.

Presiden Persatuan Alumni Institut Veterinar Malaysia, Mohd Jalaludin Musa berkata lembu-lembu itu diternak di Johor bagi memenuhi permintaan bekalan daging tempatan selain lembu Jersey Fresian yang diternak untuk susu.

“Kebanyakan baka lembu ini diimport dari luar negara dan dibiakkan bersama lembu tempatan bagi melahirkan baka yang lebih baik dan sesuai dengan keadaan iklim tempatan.

“Lembu yang paling istimewa adalah lembu Limousin yang berasal daripada Perancis dan diternak di dalam negara melalui proses permanian berhadas,” katanya kepada Bernama di ekspo itu.

Mohd Jalaludin berkata anak-anak lembu yang dilahirkan mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan lebih tahan kepada penyakit dan suhu.

Beliau berkata selain itu anak-anak lembu melalui kadar pertumbuhan yang cepat di mana dalam tempoh setahun, setiap baka boleh mencecah berat lebih 500 kilogram (kg).

“Setakat ini lembu-lembu ini hanya diternak di Kota Tinggi,” katanya dan menambah pihaknya berhasrat untuk mengkomersialkan lembu-lembu ini di dalam negeri Johor.

“Selain jinak, lembu-lembu ini mampu menghasilkan kuantiti daging mentah yang banyak, berat matang yang tinggi iaitu 1,200 kg bagi lembu jantan dan 720 kg lembu betina.

“Pada bulan puasa lepas,  kita  menjual 400 ekor lembu Limousin dalam pasaran tempatan dan kita jangka jumlah ini akan meningkat,” katanya.

Selain lembu, turut menarik perhatian ialah ayam perhiasan baka Jepun  atau ayam ‘Onagadori’ dan ayam Sumatera yang boleh dijual hingga mencecah RM15,000 yang dusahakan syarikat Marzuq Bayu Sdn Bhd (Marzuq).

Pengurus Pembangunan Perniagaan Marzuq, Mohamad Zulfadli Zahir berkata ayam perhiasan itu diimport daripada negara luar dan diternak di Muar untuk pasaran dalam negara dengan harga anak ayam RM200 sekor.

“Kita mempunyai 22 baka ayam perhiasan tetapi dua baka iaitu Onagadori dan Sumatera menjadi pilihan ramai berikutan ciri-ciri luarannya yang unik. Ayam Onagadori terkenal dengan ekornya yang panjang manakala ayam Sumatera pula terkenal dengan warna hitamnya,” katanya.

Beliau berkata ayam eksotik tersebut mempunyai permintaan yang tinggi berikutan kuantitinya yang terhad yang mana dalam setahun, ayam ini hanya mampu bertelur dalam kuantiti tidak sampai 100 biji telur berbanding ayam biasa yang boleh bertelur sehingga tiga kali ganda daripada jumlah berkenaan.

Menurutnya, harga ayam Onagadori dinilai berdasarkan kepada warna putih-hitam dan warna merah-hitam mereka, manakala ayam Sumatera dinilai berdasarkan warnanya yang hitam kehijauan dan hitam kebiruan.

“Lagi unik warna ayam berkenaan maka lagi mahal harganya. Penternakan ayam ini secara besar-besaran kita lakukan di Selangor manakala di Muar kita jalankan pembiakan secara penyelidikan dan pembangunan (R&D),” jelasnya. ― Bernama



Sumber Lembu sado, ayam ‘Onagadori’ tarikan pengunjung

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y693I0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.