LinkedIn Turut Ingin Membangunkan Kandungan Video Mereka Tersendiri
Penawaran kandungan video telah menjadi salah satu fokus utama ramai pihak akhir-akhir ini. Selain YouTube dan Netflix, antara perkhidmatan yang memfokuskan kandungan video adalah termasuk Facebook, Apple, dan juga Twitter. Kini, laman sosial yang popular dikalangan pengguna profesional, iaitu LinkedIn turut dikatakan sedang melihat kepada arena sama.
Bercakap mengenainya, CEO LinkedIn mengatakan mereka terbuka untuk membangunkan atau membeli program video tersendiri untuk platform mereka.
Berkongsi lanjut mengenainya, antara rancangan yang mungkin sesuai dengan pengguna LinkedIn adalah seperti siri-TV popular “Shark Tank” yang memfokuskan keusahawanan – selari dengan platform profesional berkenaan.
Buat masa ini, LinkedIn sedia menambah beberapa ciri-ciri baru memfokuskan video pada platform mereka, dan tidak mustahil untuk melihat ia menambah kandungan mereka tersendiri menjelang 2018 kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zqJmzG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment