‘MAMA’ MATI SELEPAS JUMPA KAWAN LAMA
SAAT yang menakjubkan apabila seekor chimpanzi yang sedang nazak bertukar ceria apabila didatangi sahabat lamanya.
Mama, 59, bekas ketua puak chimpanzi di Zoo Royal Burgers, Belanda kelihatan tidak bermaya dan menolak untuk makan sehingga tibanya Profesor Jan van Hoof yang dikenalinya sejak 1972.
Dalam video berkenaan, haiwan itu dilihat tidak mahu menjamah sebarang makanan dan hanya terbaring lemah di dalam sangkar.
Chimpanzi yang sedang nazak itu kelihatan memberi reaksi gembira apabila menyedari siapa yang datang melawatnya.
Suaranya kedengaran riang dan tersenyum ceria.
Malah, Mama dilihat menghulurkan tangannya dan menggosok kepala profesor itu.
Pada awalnya, Mama tidak menyedari siapa yang datang. Dia juga tidak mahu berganjak dan tidak memberikan sebarang respon.
Namun, hubungan Mama dengan profesor yang bertanggungjawab menemuinya di Zoo Anherm suatu ketika dahulu ternyata mampu memberi kegembiraan buatnya.
Video dirakam pada April tahun lalu.
Haiwan itu mati seminggu selepas pertemuan itu.
– ANN
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yyVak2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment