Hi! Welcome Back and Stay Tune! Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar

PETALING JAYA: Manifesto Barisan Nasional Selangor bagi pilihan raya umum ke-14 akan memberi tumpuan antara lain kepada usaha mensejahterakan masyarakat miskin bandar.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata ini kerana masalah miskin bandar di negeri itu kurang diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri sekarang termasuk dalam aspek perumahan.

"Manifesto ini akan memberi pembelaan kepada masyarakat miskin bandar, saya kesian tengok rumah-rumah mereka ini sampai bumbung bocor, cat bangunan tumbuh kulat, paip bocor dan yang sering berlaku lif rosak, rumah pula di tingkat 10, jadi macam mana?

"Yang nak jaga rakyat betul-betul adalah Barisan Nasional sahaja, kita buat kerja demi rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, di sini pada Khamis.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengumumkan peruntukan RM7.1 juta bagi membaik pulih empat kawasan perumahan pangsapuri kos rendah di DUN Seri Serdang.

-- BERNAMA



Sumber Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hPDGeZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.