Nafi sertai PAS, Zaharah setia bersama Umno
Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman menolak dakwaan di media sosial kononnya beliau menyertai PAS sebaliknya terus setia bersama Umno. — Foto oleh Choo Choy MayKUANTAN, 1 Okt — Bekas ketua Pergerakan Wanita Umno menyifatkan dakwaan beliau menyertai PAS sebagai fitnah.
Sebaliknya, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman setia bersama Umno dan masih menyandang ketua Wanita Paya Besar, lapor Harian Metro.
“Mana mungkin saya akan mengkhianati parti keramat orang Melayu ini,” katanya menjawab dakwaan menyertai PAS di Himpunan Fastaqim 2.0. semalam.
“Saya sudah 40 tahun bersama dan berjuang dalam Umno, saya tidak akan merosakkan taat setia serta kejujuran saya terhadap Umno.”
Bekas menteri kabinet itu menganggap fitnah yang menular di media sosial sebagai “asam garam politik”.
Sumber Nafi sertai PAS, Zaharah setia bersama Umno
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x6JzLD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment