Penceramah Kontroversi Zamihan Mat Zin Dilucut Tauliah Oleh Sultan Selangor.
SULTAN Selangor dilapor telah menitahkan agar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah yang diberikan kepada penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin.
Setiausaha Majlis Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selepas melalui satu perbincangan, berkenan melaksanakan tindakan itu mengikut Peraturan 4, Peraturan-peraturan tauliah Negeri Selangor 2008.
Menurutnya Mais juga telah diarahkan untuk memecat zamihan daripada Jawatankuasa Tauliah Selangor.
"Tindakan ini berikutan satu ceramah agama oleh Zamihan yang mengandungi kata-kata perkauman, kurang beradab, dan kritikan melampau terhadap institusi raja,"
Tambahnya lagi Sultan Sharafuddin juga mengarahkan agar ceramah-ceramah di masjid dan surau dirakam bagi tujuan pemantauan.
Selain itu Sultan Sharafuddin juga mengarahkan agar pembesar suara masjid dan surau ketika ceramah diperlahankan, kecuali semasa laungan azan dan bacaan Al-quran, katanya.
"Raja-raja Melayu mempunyai pendapat bahawa imej Islam sebagai Agama Persekutuan merupakan sebuah agama yang menggalakkan umatnya untuk bertoleransi, bersederhana, inklusif dan tidak dicemari dengan tindakan-tindakan ekstrem," kata Hanafisah.
Tambahnya lagi Sultan Sharafuddin mengingatkan semua rakyat Selangor agar menghormati prinsip asas perlembagaan persekutuan bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara.
Zamihan baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas dikatakan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhubung isu kedai dobi layan diri "mesra muslim" di Muar, Johor.
Dalam sebuah video klip yang tersebar dan menjadi tular, Zamihan juga dilapor mengeluarkan kenyataan menghina bangsa Cina kerana memanggil mereka sebagai tidak bersih.
Zamihan telah dibebaskan selepas dua hari tahanan reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gHsIoy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment