Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Kampung Mesilau gempar runtuhan besar di lereng Gunung Kinabalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Kampung Mesilau gempar runtuhan besar di lereng Gunung Kinabalu

RANAU: Satu runtuhan besar berlaku di lereng Gunung Kinabalu pada kedudukan 1.5 kilometer berhampiran sebuah resort di Stesen Taman Kinabalu, Mesilau, Kundasang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Lt. Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk di Kampung Masilau berhubung kejadian itu.


"Sepasukan anggota APM Ranau kemudiannya dikerahkan ke lokasi kejadian dan kita mendapati terdapat satu runtuhan di lereng Gunung Kinabalu pada kedudukan 1.5 Kilometer dari Ulu Bekas Resort MNR, Stesen Taman Kinabalu Masilou.

"Namun keadaan di lokasi runtuhan serta aliran sungai berada dalam keadaan yang normal," katanya, dalam kenyataan medianya, hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai terutamanya penduduk di Kampung Mesilau tidak panik memandangkan keadaan runtuhan itu masih terkawal.

"Kita akan menyalurkan maklumat terkini mengenai kejadian itu dari semasa ke semasa," katanya.



Sumber Penduduk Kampung Mesilau gempar runtuhan besar di lereng Gunung Kinabalu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2l7S2IY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.