Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Tanjung Bungah: Kerajaan tak pernah dengar suara kami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Tanjung Bungah: Kerajaan tak pernah dengar suara kami

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah hari ini. — Foto Bernama Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah hari ini. — Foto Bernama GEORGE TOWN, 21 Okt — Persatuan Penduduk Tanjung Bungah meminta kerajaan negeri pimpinan DAP agar tidak menutup mata berhubung pembangunan di lereng bukit di kawasan itu yang sememangnya dibantah oleh persatuan penduduk.

Pengerusinya R.Meenakshi berkata baru minggu lepas pihaknya membangkitkan isu itu dan meminta kerajaan negeri menghentikan pembangunan di lereng bukit kerana dikhuatiri akan menyebabkan kejadian tanah runtuh.

“Semua projek ini tidak boleh dibenarkan di kawasan ini. Kami bantah projek-projek pembangunan di lereng-lereng bukit tapi kerajaan negeri tak pernah dengar suara kami.

“Sebaliknya kami dianggap sebagai tidak rasional dan tidak berfikir secara waras,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian yang dilapor pada pukul 8.57 pagi ini, 14 pekerja binaan tertimbus dalam runtuhan tanah lereng bukit berhampiran projek pembinaan satu blok rumah mampu milik 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Sehingga 4 petang tadi, tiga mayat berjaya dikeluarkan, dua daripadanya rakyat Bangladesh manakala seorang lagi dipercayai daripada ethnik Rohingya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa runtuhan giat dijalankan dan polis percaya mereka tertimbus sehingga kedalaman 10 meter.

Meenakshi berkata pembangunan di lereng bukit walaupun dipanggil projek khas tidak seharusnya dibenarkan kerana ia memberi kesan buruk termasuk banjir kilat seperti yang berlaku pada 15 Sept lepas.

“Kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi. Pembangunan di lereng bukit harus dihentikan. Bila lagi kita nak ambil berat dengan pembangunan di lereng bukit yang semakin bertambah. Kejadian hari ini harus menjadi contoh untuk elakkan projek lain di lereng-lereng bukit,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu lagi mendengar pelbagai alasan dari kerajaan negeri dan meminta satu siasatan diraja ditubuhkan bagi mengkaji punca kejadian kerana ia membabitkan soal nyawa.

Sementara itu bekas Anggota Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang Dr Lim Mah Hui berkata semua projek termasuk projek khas di lereng-lereng bukit perlu dihentikan segera memandangkan kebanyakan projek yang dijalankan melanggar struktur pelan pembangunan.

“Jangan menggunakan nama projek khas hanya untuk membolehkan kerajaan negeri memberi kelulusan, sepatutnya selaraskan semuanya tak perlu guna projek khas.

“Projek-projek di lereng bukit jelas sangat merbahaya dan perlu dihentikan serta merta,” katanya.—Bernama



Sumber Penduduk Tanjung Bungah: Kerajaan tak pernah dengar suara kami

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xVFNk3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.