Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penerbangan Firefly alami masalah teknikal berpatah balik ke Pulau Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penerbangan Firefly alami masalah teknikal berpatah balik ke Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Penerbangan Firefly yang sedang dalam perjalanan ke Subang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terpaksa berpatah balik di pertengahan jalan pagi ini berikutan masalah teknikal.

Difahamkan pesawat itu mengalami masalah teknikal semasa berada di udara dan membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata Penerbangan FY2087 dari Pulau Pinang ke Subang pada 10 pagi melaporkan mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, pesawat itu telah mendarat dengan selamat pada kira-kira 10.20 pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kesemua 45 penumpang dan empat anak kapal selamat dan akan dimaklumkan mengenai penerbangan berikutnya dalam waktu terdekat.

-- BERNAMA



Sumber Penerbangan Firefly alami masalah teknikal berpatah balik ke Pulau Pinang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJu0at

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.