Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengimport Didenda RM10,000 Mahkamah Sesyen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengimport Didenda RM10,000 Mahkamah Sesyen

LABUAN – Seorang pengimport tempatan didenda RM10, 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengimport 2,000 kilogram Ikan Tilapia Merah dan Ikan Patin beku bernilai RM66,000 tanpa permit import.

Hukuman denda itu dijatuhkan oleh Hakim Abu Bakar Manat yang juga memerintahkan hak barangan rampasan (eksibit) dilupuskan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Labuan.

Mengikut fakta kes, sepasukan MAQIS telah melakukan pemeriksaan ke atas kontena mengandungi ikan-ikan beku itu pada 25 Julai tahun ini di Dermaga Liberty Labuan dan mendapati pengimport terbabit, LSY Enterprise telah mengimport barangan itu tanpa permit.

Mereka menemukan 200 kotak mengandungi 10 kg dan 970 kg Tilapia Merah serta 10 kg Ikan Patin yang dimuatkan dalam kontena tersebut tanpa dokumen yang sah, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan Seksyen 11 (3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, pengarah MAQIS Labuan, Nazrul Azman Mat Rahim berkata sebanyak tujuh kes dilaporkan sejak 2015 denbgan enam kes diselesaikan dan pengimport terbabit dikenakan kompaun.

“Kami tidak akan bertolak ansur terhadap apa-apa salah laku pengimport, terutama kes-kes melibatkan permit import, dan penguatkuasaan kami tertumpu kepada bekas yang menyimpan bersama makanan beku halal dan tidak halal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerjasama rapat Liberty Port Management Sdn Bhd (pengendali pelabuhan Labuan) atas rampasan konsainan itu,” kata Azman. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kHdjZM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.