Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan Minyak China Dan India Meningkat, Menolak Harga Lebih Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan Minyak China Dan India Meningkat, Menolak Harga Lebih Tinggi

Harga minyak sedikit meningkat pada hari Isnin dengan peningkatan permintaan minyak di Asia mengurangkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan minyak di kawasan Timur Tengah dan US.

Pasaran hadapan Brent didagangkan pada paras $57.83, naik 9 sen atau 0.14% setakat jam 4.13 petang.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula naik 30 sen kepada $52.14 atau 0.58%.

Penganalisis daripada Rivkin Sekuriti, William O’Loughlin berkata, “Harga minyak semakin stabil di atas $50, disokong oleh kemungkinan berlakunya ganguan bekalan di kawasan Kurdish Iraq”.

“Pengeluaran US juga terganggu dengan taufan yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu, dan angka penggalian minyak US turut menyusut untuk tiga minggu berturut-turut”, tambah beliau.

Berdasarkan laporan syarikat perkhidmatan tenaga Baker Hughes, jumlah pengeluaran penggalian minyak US jatuh kepada 736 pada minggu yang berakhir pada 20 Oktober, paras terendah sejak Jun yang lalu.

Di Asia, permintaan semakin meningkat terutamanya di kawasan China dan India, pengimport minyak utama pertama dan ketiga dunia. Purata permintaan minyak di China daripada Januari dan September melonjak ke paras 8.5 juta tong sehari (bdp).

“Tiga faktor penting yang memacu permintaan minyak mentah daripada China, pengeluaran domestik yang jatuh, peningkatkan akeses import dan eksport badan penapisan bebas dan pembinaan rizab strategi petroleum,” kata Barclays Bank Britian.

Permintaan di India turut menunjukkan hal yang sama dengan hasil import minyak mentah merekodkan peningkatkan kepada 4.83 juta tong sehari (bdp) pada bulan September selepas kebanyakkan kilang penapisan minyak meneruskan operasi mereka selepas penyelenggaraan besar-besaran bagi memenuhi permintaan pasaran domestik.

The post Permintaan Minyak China Dan India Meningkat, Menolak Harga Lebih Tinggi appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yHxQ3P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.