Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertumbuhan Ekonomi Amerika Syarikat Positif, Inflasi Masih Sederhana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertumbuhan Ekonomi Amerika Syarikat Positif, Inflasi Masih Sederhana

Pertumbuhan ekonomi U.S berkembang daripada kadar perlahan kepada kadar sederhana sejak beberapa minggu ini, walaupun pertumbuhan kadar upah dan inflasi masih lagi perlahan.

Berdasarkan laporan ekonomi Beige Book, menunjukkan pertumbuhan kadar upah terus melemah, namun tekanan harga (price pressure) kekal stabil. Hal ini menyebabkan jangkaan terhadap pasaran buruh yang ketat iaitu menghampiri guna tenaga penuh (full-employment) akan melonjakkan inflasi, meleset daripada jangkaan.

Berdasarkan laporan “pasaran buruh digambarkan sebagai pasaran buruh yang ketat,” namun, walaupun pasaran buruh semakin ketat, majoriti laporan cawangan Fed melaporkan kenaikan kadar gaji yang berubah dari perlahan kepada sederhana”.

Laporan terkini, harga teras perbelanjaan penggunaan (core-PCE) yang merupakan indikator inflasi keutamaan The Fed hanya berada pada paras 1.3% secara tahunan pada bulan September. Kadar ini jauh dari paras sasaran inflasi Fed yang mensasarkan kadar 2%.

Namun pada awal minggu ini, Janet Yellen berpendapat ekonomi U.S yang masih lagi kukuh dan pasaran buruh yang positif mendukung peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur.

Indek US dolar jatuh sebanyak 0.13% iaitu kepada bacaan 93.17 dan hasil bon 10-tahun U.S juga jatuh sebanyak 0.68% kepada 2.323.

The post Pertumbuhan Ekonomi Amerika Syarikat Positif, Inflasi Masih Sederhana appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zkHyrY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.