Pihak Pendakwaan Di Mahkamah Daerah Medan Mohon Hukuman 14 Tahun Penjara Dijatuhkan Ke Atas Benjy
Pelakon, Benjy, berhadapan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.
Memetik laporan The Jakarta Post, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.
Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.
Beliau ditahan kerana gerak gerinya kelihatan mencurigakan, malah motif kedatangannya ke Indonesia juga diragui - BH Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yppXTm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment