Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM TAWAR BANTU KERAJAAN SELANGOR TANGANI DENGGI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM TAWAR BANTU KERAJAAN SELANGOR TANGANI DENGGI

KUALA SELANGOR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menawarkan kepada kerajaan negeri Selangor bantuan pengurusan pelupusan sampah dan sistem perparitan bagi mengurangkan kes denggi di negeri itu yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding negeri lain.

Perdana Menteri berkata Selangor mencatatkan kira-kira 40,000 kes denggi setahun atau kira-kira seratus sehari, dan ia bukan satu rekod yang patut dibanggakan.

Najib berkata beliau tidak terkejut kerana ia boleh berlaku sekiranya tiada usaha pembersihan dilakukan kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas kawasan berkenaan.

“Kita boleh bantu kerajaan negeri kalau dia gagal buat kerja ini, kita boleh bantu dengan apa? tukar kerajaan? Itu tunggu pilihan raya umum ke-14… hari ini kita bantulah dengan kita bersihkan kawasan kita di sini dan kawasan-kawasan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan My Beautiful Neighborhood (NBOS MyBN) peringkat kebangsaan yang diadakan secara serentak di 98 kawasan seluruh negara, di sini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Mengulas mengenai program MyBN yang berasaskan gotong-royong, Perdana Menteri berharap ia dapat menanam semangat kerjasama dan toleransi antara masyarakat serta nilai kebersamaan dan cinta kepada kebersihan.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Noh yang mengambil inisiatif menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat kepada mangsa rumah yang diroboh kerajaan negeri baru-baru ini.

“Kita tak robohkan rumah imam ke bilal dan sebagainya, kita hanya robohkan rumah nyamuk Aedes… Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Noh kerana telah memberi rumah PPR kepada penghuni rumah-rumah yang telah diroboh kerajaan negeri,” katanya.

-Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2znN7GK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.