Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPIM bantah dan persoal penubuhan JITN, saran pemimpin ‘bangun’ dari tidur panjang dan usah terlalu selesa hingga tidak lihat kesusahan rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPIM bantah dan persoal penubuhan JITN, saran pemimpin ‘bangun’ dari tidur panjang dan usah terlalu selesa hingga tidak lihat kesusahan rakyat

Yusuf Azmi

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi mendakwa penubuhan jabatan tersebut tidak wajar kerana sekarang sebarang bentuk pembaharuan tidak diperlukan sebaliknya kerajan hanya perlu membuat penambahbaikan.

“Tidak perlu ditubuhkan jabatan baru sebab sudah banyak yang sedia ada, perkara ini sama seperti bangunan, tidak perlu dinaikkan bangunan baru tetapi membaik pulih bangunan lama.

“Dalam konteks ini, kita sudah ada banyak jabatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain.  Jadi apa signifikannya penubuhan JITN?” soalnya dalam Facebook miliknya semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Paul Low Seng Kuang menjelaskan cadangan penubuhan JITN bertujuan menerajui perubahan transformasi dalam bina upaya keinstitusian terutamanya di kalangan penjawat awam, untuk memulakan dan memacu perubahan dasar serta memperkukuhkan proses kerajaan.

Selain itu katanya, JITN yang dinaik taraf daripada Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri didakwa tidak akan mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi siasatan.

Sementara itu, Yusuf berkata, beliau meminta agar para pemimpin kerajaan Malaysia khususnya ‘bangun’ dari tidur yang panjang dan usah terlalu selesa hingga tidak lihat kesusahan rakyat.

“Hari ini, kalau pemimpin nak buat pembaikan, sepatutnya di SPRM lah. Lebih elok sekiranya tambah anggota dalam SPRM dan perangi rasuah habis-habisan,buatkan sistem atas talian di mana setiap ibu pejabat Polis, imigresen dan agensi penguatkuasaan  diletakkan pegawai untuk elakkan rasuah.

“Lagipun, kalau kita buat jabatan baharu, siapa yang nak kawal mereka ini?” katanya lagi.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber PPIM bantah dan persoal penubuhan JITN, saran pemimpin ‘bangun’ dari tidur panjang dan usah terlalu selesa hingga tidak lihat kesusahan rakyat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fBHgVG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.