Presiden Parlimen EU Tidak Setuju Dengan Garis Panduan Hutang Lapuk ECB
Presiden Mario Draghi menyatakan di akhbar Itali pada hari ini, bank pusat Eropah (ECB) wajib terlibat dalam proses membuat keputusan bersama parlimen Eropah berkenaan garis panduan bagi hutang lapuk (bad loans) perbankan.
Pada minggu lepas, ECB membuat pengusulan baru yang akan mengerahkan bank-bank menyimpan lebih banyak rizab wang tunai bermula pada awal tahun 2018 bagi mengatasi masalah pengelesan baru hutang lapuk. ECB juga menjangkakan garis panduan baru untuk mengurangkan hutang lapuk akan dikeluarkan seawal tahun depan.
Bank di Itali mempunyai hampir 30% hutang lapuk daripada €915 billion hutang lapuk zon Eropah. Usulan ini menyebabkan mereka memberi reaksi negatif kepada ECB dan meminta ECB untuk membuat pertimbangan semula melalui rundingan umum Itali yang berjalan sehingga 8 Disember.
Antonio Tajani, presiden Parlimen Kesatuan Eropah (EU) daripada Itali menyatakan kepada Draghi bahawa beliau benar-benar risau dengan cara pengendalian hutang lapuk.
” Saya tertanya-tanya adakah ada tanggungjawab tambahan yang akan dibebankan keatas badan penyelia dengan tidak melibatkan pembantu badan perundangan dalam proses pembuat keputusan.” Kata Tajani
The post Presiden Parlimen EU Tidak Setuju Dengan Garis Panduan Hutang Lapuk ECB appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zbOPv5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment