Hi! Welcome Back and Stay Tune! Putera tidak dendam, janji tidak siar wajah ibu bapa yang pernah buangnya di pondok bas dulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Putera tidak dendam, janji tidak siar wajah ibu bapa yang pernah buangnya di pondok bas dulu

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Ditinggalkan di sebuah perhentian bas di Kuantan, Pahang ketika hanya berusia kira-kira 10 hari, namun peristiwa 21 tahun yang lalu itu tidak menyebabkan sekelumit pun perasaan dendam di hati Mohamad Putera Zainuddin.

 

 

Putera tidak dendam, janji tidak siar wajah ibu bapa yang pernah buangnya di pondok bas dulu

Putera tidak dendam, janji tidak siar wajah ibu bapa yang pernah buangnya di pondok bas dulu

 

Kisah anak muda itu yang mahu mencari ibu bapanya kandungnya menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya amat merindui mereka (ibu bapa) walaupun tidak pernah bersua muka. Naluri saya kuat mengatakan kedua ibu bapa saya masih hidup lagi. Kalau mereka ada melihat video ini, saya harap hubungilah saya.

“Sekiranya saya telah menemui mereka, saya janji tidak akan memaparkan wajah mereka kepada media, cuma akan beritahu saya telah menemui mereka,” demikian antara luahan Mohamad Putera kepada Bernama.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu undangan bagi program Nine11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini semalam.

Mesra dengan panggilan ‘Ra’, Mohamad Putera berkata beliau mengetahui statusnya sebagai anak angkat kepada pasangan suami isteri Zainuddin Ahmad, 56, dan Saodah Mahmood, 59, ketika berusia enam tahun namun pada usia semuda itu, beliau masih tidak memahami perkara yang sebenar.

Namun, ketika usianya mula meningkat  remaja hasrat untuk mencari keluarga kandungnya itu semakin kuat walaupun kasih sayang daripada keluarga angkatnya tidak pernah berbelah bahagi untuknya.

Mohamad Putera percaya ibu bapanya mempunyai alasan lain sehingga meninggalkannya di dalam sebuah kotak di perhentian bas  di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 Sept 1996 sebelum  ditemui kira-kira pukul 7 pagi, dan beliau hanya ingin bersua muka dengan keluarga kandungnya itu.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sri Amar Diraja, Johor itu kini  menyambung pengajian Diploma Pembantu Perubatan di sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan. — Bernama

Sumber: Malay Mail

 



Sumber Putera tidak dendam, janji tidak siar wajah ibu bapa yang pernah buangnya di pondok bas dulu

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gAKjhD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.