Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Malaysia Digesa Pertahankan Perpaduan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Malaysia Digesa Pertahankan Perpaduan

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa orang ramai mempertahankan kesederhanaan dan rasa hormat terhadap pihak lain kerana pandangan melampau berhubung agama boleh menggugat perpaduan masyarakat berbilang agama.

Beliau berkata Malaysia memilih untuk mengamalkan kesederhanaan dan ini harus dipertahankan pada sepanjang masa.

“Meluahkan pandangan melampau peribadi mengenai agama secara terbuka akan menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang agama.

“Kita bukan hidup dalam keterasingan dan kita perlu menghormati satu sama lain,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Ala-Malaysia yang dihoskan Tan Sri K. Kenneth Eswaran di Pusat Konvensyen HGH, dekat sini hari ini.

Beliau berkata kesederhanaan merupakan pendekatan terbaik untuk negara bermasyarakat majmuk bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian sedia ada.

Salleh berkata keamanan dan keharmonian sedia ada tercapai menerusi kesederhanaan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia yang tidak menyokong ekstremisme dan pelanggaran undang-undang.

“Populasi Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan ramuan paling sesuai bagi mengekalkan keharmonian, toleransi dan keamanan ini adalah melalui kesederhanaan.

“Pendekatan kesederhanaan boleh mendidik kita untuk berfikir secara rasional dan bertindak bijak,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh menggesa rakyat Malaysia untuk mempertahankan perpaduan dan menolak sebarang usaha pihak tertentu yang cuba menanam perasaan benci dengan menggunakan agama dan bangsa sebagai isu untuk memecahbelahkan rakyat.- BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hOco54

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.